Kehendak-kehendak manusia dalam hidupnya, yang begitu banyak kerenahnya menyebabkan manusia sememangnya tidak boleh hidup menyisihkan diri daripada orang lain. Manusia memang dijadikan begitu rupa, supaya dia memerlukan orang lain juga dalam kehidupannya sehari-hari.
Manusia juga tidak pernah lepas daripada berkehendakkan terhadap sesuatu. Apabila berkehendakkan sesuatu maka ia akan memerlukan pertolongan daripada orang lain agar ia mencapai objektifnya seperti untuk menghilangkan kesunyian dan meluahkan perasaan yang dipendam serta cuba untuk mencari jalan penyelesaiannya.
"MANUSIA SENTIASA MEMERLUKAN PENJAGAAN ORANG LAIN UNTUK IA MEMBESAR KERANA MANUSIA ITU MAKHLUK YANG LEMAH"
Pernyataan ini merujuk kepada norma kehidupan manusia sebagai insan yang lemah. Maka atas kekurangan ini manusia memerlukan orang yang lain untuk saling melengkapi dan mengisi kekurangan antara satu sama lain. Proses saling melengkapi ini akan turut membentuk satu PERHUBUNGAN. Dalam konteks ini, perhubungan merupakan satu faktor yang amat penting untuk manusia bagi mengatasi masalah yang dipendam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan