Selasa, 11 Oktober 2016

APA ITU KAUNSELOR ?

APA ITU KAUNSELOR ? 


Kaunselor merupakan seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi sesuatu fee yang ditetapkan ataupun apa-apa balasan lain. 


BAGAIMANA HENDAK MENJADI KAUNSELOR ?
 Cara untuk menjadi kaunselor, seseorang individu  perlu memiliki dan mendapatkan pendidikan formal dalam bidang kaunseling dan berkemahiran. Dengan erti kata lain, individu tersebut perlu ada sekurang-kurangnya segulung ijazah dalam bidang ini. Terdapat beberapa universiti awam di Malaysia yang menawakan kursus dalam bidang kaunseling (pada peringkat ijazah) seperti ;
1) Universiti Putra Malaysia (Bacelor Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling)
2) Universiti Malaysia Terengganu (Ijazah Sarjana Muda Kaunseling)
3) Universiti Utara Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian) 
4) Universiti Sains Islam Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling Dengan Kepujian)

Seorang individu juga perlu menjalani latihan praktikum dan internship sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Kaunselor yang bertauliah adalah kaunselor yang mempunyai lesen berdaftar di dalam Lembaga Kaunselor Malaysia dan layak menggunakan title (Cr). 
Untuk mendapatkan lesen Kaunselor. Seseorang individu perlu melepasi temuduga yang dijalankan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia
 







CIRI-CIRI KAUNSELOR

EMPATI
  •  Empati bukan simpati
  •  Empati bermaksud kaunselor cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien dan berupaya merasai perasaan klien walaupun kaunselor tersebut tidak pernah mengalami pengalaman yang sama dengan klien 
  • Empati membantu klien untuk menumpukan perhatian dan menghargai pengalamannya sebelum ini, membuat modifikasi terhadap diri dan persekitarannya, dan meningkatkan keyakinan terhadap diri dan persekitarannya dan meningkatkan keyakinan terhadap pilihan pilihan dan membuat tindakan
  • Empati adalah bimbingan secara tidak langsung bertujuan menyatakan bahawa apa yang dilalui itu adalah salah satu daripada banyak pengalaman yang telah dan akan dilalui oleh klien





KONGRUEN
  • Asas penting dalam meningkatkan perkembangan teraputik
  • Kaunselor bersifat ikhlas, tidak buruk sangka, telus, serta tidak berpura-pura semasa proses kaunseling dijalankan
  • Ketulenan ini dapat dirasai oleh klien dan berupaya mewujudkan suasana yang teraputik untuk klien meneroka dirinya
  • Tanpa sifat ini klien dapat merasakan kaunselor tidak asli dan proses penerokaan diri mungkin lebih sukar berlaku
  • Kaunselor yang kongruen perlu menjadi dirinya yang sebenar dan menolak sebarang cubaan untuk berselindung di sebalik topeng profesional atau sebagai seorang pakar

MENERIMA TANPA SYARAT
  • Menerima klien tanpa syarat tertentu
  • Kaunselor menerima dan menghargai diri klien tidak kira dalam apa keadaan sekalipun
  • Perasaan mengambil berat kaunselor yang tidak dikuasai oleh perasaan berat sebelah atau penilaian awal (Non-Judgemental) dalam konteks perasaan dan tingkah laku




Tiada ulasan:

Catat Ulasan