Isnin, 10 Oktober 2016

FALSAFAH DAN PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING



 

Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Namun demikian, masyarakat hari ini masih tidak jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh perkataan Bimbingan dan Kaunseling. APA ITU BIMBINGAN DAN KAUNSELING? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159) menjelaskan maksud membimbing ialah perbuatan membantu, memimpin dan memberi petunjuk dan orang yang terlibat dalam aktiviti membimbing dikenali sebagai pembimbing. Manakala menurut Good , Kaunseling adalah cara tersendiri dan peribadi dalam mendidik serta membantu seseorang, baik dari segi masalah pelajarannya mahupun masalah vokasionalnya, apabila ia mengalami masalah untuk menganalisa dan menyelesaikan dan memerlukan seorang pembantu khusus yang baik di sekolah mahupun dalam kalangan masyarakat sendiri. Dalam proses melaksanakan khidmat bimbingan dan kaunseling, Kaunselor perlu mematuhi FALSAFAH dan PRINSIP dalam KHIDMAT tersebut. Berikut merupakan Falsafah dan Prinsip Kaunseling ;


FALSAFAH KAUNSELING
  • Setiap manusia adalah unik (Setiap manusia mempunyai personaliti berbeza)
  • Setiap manusia mempunyai potensi
  • Potensi manusia boleh dibentuk
PRINSIP KAUNSELING
  • Setiap manusia adalah unik
  • Setiap manusia mempunyai harga diri
  • Setiap manusia mempunyai personaliti holistik
  • Setiap manusia ingin mencapai kesempurnaan kendiri
  • Setiap manusia berkembang mengikut proses sosialisasi
  • Hubungan teraputik secara sistematik, sukarela dan kolaboratif
  • Untuk individu normal (Individu yang mempunyai masalah mental tidak sesuai untuk mendapatkan khidmat kaunseling tetapi layak untuk mendapatkan khidmat psikoterapi) 
 PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENGIKUT ISLAM

  • Nasihat adalah tiang agama
  • Nasihat adalah keperluan untuk semua
  • Kaunselor adalah contoh dan model
  • Memberi kaunseling adalah wajib bagi yang berilmu
  • Konsep menolong untuk kebaikan
  • Kaunselor perlu faham konsep manusia dan perundangan dari pandangan Islam
  • Pembinaan rohani melalui latihan dan ibadah Islam

 

1 ulasan: