Selasa, 8 November 2016

FREE TALK : " Addressing School Engagement at its Core: Bringing Teachers and Students Together to Re-Awaken a Commitment to Schooling - Professor Shepherd Zeldin - University of Wisconsin-Madison, United States Of America

Profesor Shepherd Zeldin is a Rothermel Bascom Professor of Human Ecology, University of Wisconsin-Madison, USA

Mari bersama-sama menghadiri ceramah Prof. Shep Zeldin pada hari Isnin (14.11.2016) di Dewan Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

SYARAHAN INAUGURAL YBHG PROFESOR DR BAHAMAN ABU SAMAH - " ENHANCING EXTENSION EDUCATION RESEARCH USING STRUCTURAL EQUATION MODELING "



YBhg Profesor Dr Bahaman Abu Samah . Dip. Agric. (UPM), B.S. Crop Science (Louisiana), M.S. Ext. Ed. (Louisiana), Ph.D. Ext. Ed. (Iowa State)
YBhg Profesor Dr Bahaman Abu Samah merupakan Profesor dan Ketua Jabatan Pemajuan Profesional Dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

PERSIDANGAN KAUNSELING DAN KERJAYA 2016 - AUDITORIUM FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UPM

Mohd Ropizam Mohd Zainun (Universiti Malaysia Sabah)

Dr Wan Marzuki (KJ JPKPK FPP UPM)

Cik Azlida Mohamad (K Kurikulum Dan Pengajaran FPP UPM)

Dr Rusnani Abd Kadir (N.Presiden PERKAMA International)

Dr Siti Taniza Toha (IPGM - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

Pn Hjh Nur Amni Bt Yusof ( Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia)

"Kaunseling Dan Seksualiti" - Speaker Jemputan - Profesor Madya Dr Salleh Bin Amat : Ketua Jabatan Pendidikan Dan Kesejahteraan Komuniti , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Minggu Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Kali Ke-44. Selamat Bergraduasi ! Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !





Dialog Keharmonian Antara Penganut Agama - " Agama Dan Perubahan Iklim Dunia "

Dialog ini membahaskan tentang fenomena alam dan tanggungjawab manusia terhadap alam sekitar rentetan daripada perubahan iklim dunia yang semakin merundum pada silikon ini. 
Dialog ini dibahas oleh gandingan pakar,tokoh dan wakil agama seperti berikut ;
Dialog Keharmonian Antara Agama : "Agama Dan Perubahan Iklim Dunia". Bersama Moderator Dialog - YBhg Profesor Dr. Zaid Ahmad (Fakulti Ekologi Manusia UPM) , Wakil Agama Islam - YBhg Profesor Datuk Dr Azizan Binti Baharuddin (Ketua Pengarah IKIM) , Wakil Agama Buddha - En.Vidyananda KV Soon (Intl Network Of Engaged Buddhist), Wakil Agama Hindu - Dr. M Bala Tharmalingam (Persatuan Hindu Sangam Malaysia), Wakil Agama Kristian - YBhg Profesor Dr. Esther Gnanamalar Sarojini A/P A Daniel (Universiti Malaya)

" Apa peranan kaunselor dalam isu perubahan iklim dunia ? "

Selasa, 1 November 2016

Syarahan Inaugural YBhg Profesor Dr Ezhar Tamam

YBhg Profesor Dr Ezhar Bin Tamam  B. Agric. Sc. (UPM), M. A. Comm. (Michigan State), Ph.D. (University of Oklahoma)
Intercultural Communication, Youth Development, and Development Communication


Jom beramai-ramai menghadiri sidang Syarahan Inaugural Profesor Dr. Ezhar Tamam yang bertajuk  "Are University Students Getting Enough Interethnic Communication And Diversity Engagement Experiences?: Concerns and Considerations".
 Profesor Dr Azhar Tamam merupakan Profesor di Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Selasa, 25 Oktober 2016

Minggu Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kali Ke-40 ! Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !


Suasana Hari Kedua Majlis Konvokesyen UPM.

Bersama Senior dari Fakulti Pendidikan UKM (Pend.Khas)
Bersama rakan dari Universiti Malaya (Sarjana Muda Sastera - Linguistik Bahasa Jepun)

Kelas Bimbingan Kelompok (CPE3400)

Bersama Pensyarah Subjek Bimbingan Kelompok CPE3400 - Profesor Madya Dr Haji Jamaludin Haji Ahmad dan rakan-rakan sekelas 
(Dari Kiri - Abd.Qhouyyum, Darron Azzril SJK, Ahmad Solahuddin, Norizal, Al Hafiz, Mohammad Fahmi, Mohammad Asraffuddien)

Jumaat, 21 Oktober 2016

MAJLIS SYARAHAN INAUGURAL YBHG PROFESOR DR MOHD MAJID KONTING

Pelajar First Year BNK bersama YBhg Profesor Dr Mohd Majid Konting
 Majlis "Syarahan Inaugural Profesor Dr. Mohd Majid Konting" - Profesor Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia dan merangkap Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi Malaysia. Banyak input yang dikongsikan dalam syarahan ini. Sekalung penghragaan dan ucapan tahniah dari kami pelajar tahun 1 Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.
Buku Syarahan Inaugural Prof.Dr Mohd Majid Konting



Bersama YBhg Profesor Dr Aida Suraya - Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM

Rabu, 19 Oktober 2016

Middle Childhood Moral Development





Middle Childhood Moral Development Test - Bandar Tun Hussein Onn 2 Primary School. A few children begin to show evidence of conventional moral reasoning, however, as they begin to grasp the idea that rules are social conventions and they are able to understand things from other people perspectives. At the conventional level, children follow rules because they believe it's important to maintain their personal social standing or the social order as a whole. They are becoming able to see how might view their actions and to understand how their actions and to understand how their actions can affect other people. In stage 3 children primarily follow rules in order to gain the approval of their parents, family, teachers and friends. (The World Of Children - Joan Littlefield & Creg Cook)

Selasa, 18 Oktober 2016

Persidangan Kaunseling & Kerjaya 2016
5&6 NOVEMBER 2016
AUDITORIUM FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
"Semua Dijemput Hadir" 



" Teaching For Quality Learning : A Leadership Challenge " SYARAHAN INAUGURAL PROFESOR DR MOHD MAJID KONTING (Professor Jabatan Asas Pendidikan : Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia - Jumaat/21 Oktober 2016/9.30 a.m

Rabu, 12 Oktober 2016

Selasa, 11 Oktober 2016

Temui Dr Ramlan Hamzah ! Kaunselor Maya Anda !


Sibuk dengan assignment ? tugasan ? kerja harian ? . . . . Perlu bantuan kaunselor ? Atasi masalah tekanan ? Jom jalani sesi kaunseling secara talian bersama Dr Ramlan Hamzah @ Ramlanhamzah.com

OKTOBER DIISYTIHAR SEBAGAI BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN MALAYSIA


MATLAMAT DAN TUJUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MATLAMAT UMUM BIMBINGAN DAN KAUNSELING





1) Pencegahan melalui kefahaman rantaian permasalahan  dan cara mengatasi
2) Pemulihan melalui proses kaunseling
3) Pembangunan kendiri dan peningkatan potensi dan melalui hubungan simbiosis individu dengan persekitaran


TUJUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1) Galakkan perubahan tingkah laku
2) Tingkatkan kemahiran membuat keputusan
3) Memperbaiki hubungan interpersonal
4) Tingkatkan keupayaan melaksanakan dan menghadapi perubahan
5) Mengembangkan potensi individu

APA ITU KAUNSELOR ?

APA ITU KAUNSELOR ? 


Kaunselor merupakan seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi sesuatu fee yang ditetapkan ataupun apa-apa balasan lain. 


BAGAIMANA HENDAK MENJADI KAUNSELOR ?
 Cara untuk menjadi kaunselor, seseorang individu  perlu memiliki dan mendapatkan pendidikan formal dalam bidang kaunseling dan berkemahiran. Dengan erti kata lain, individu tersebut perlu ada sekurang-kurangnya segulung ijazah dalam bidang ini. Terdapat beberapa universiti awam di Malaysia yang menawakan kursus dalam bidang kaunseling (pada peringkat ijazah) seperti ;
1) Universiti Putra Malaysia (Bacelor Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling)
2) Universiti Malaysia Terengganu (Ijazah Sarjana Muda Kaunseling)
3) Universiti Utara Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian) 
4) Universiti Sains Islam Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling Dengan Kepujian)

Seorang individu juga perlu menjalani latihan praktikum dan internship sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Kaunselor yang bertauliah adalah kaunselor yang mempunyai lesen berdaftar di dalam Lembaga Kaunselor Malaysia dan layak menggunakan title (Cr). 
Untuk mendapatkan lesen Kaunselor. Seseorang individu perlu melepasi temuduga yang dijalankan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia
 







CIRI-CIRI KAUNSELOR

EMPATI
  •  Empati bukan simpati
  •  Empati bermaksud kaunselor cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien dan berupaya merasai perasaan klien walaupun kaunselor tersebut tidak pernah mengalami pengalaman yang sama dengan klien 
  • Empati membantu klien untuk menumpukan perhatian dan menghargai pengalamannya sebelum ini, membuat modifikasi terhadap diri dan persekitarannya, dan meningkatkan keyakinan terhadap diri dan persekitarannya dan meningkatkan keyakinan terhadap pilihan pilihan dan membuat tindakan
  • Empati adalah bimbingan secara tidak langsung bertujuan menyatakan bahawa apa yang dilalui itu adalah salah satu daripada banyak pengalaman yang telah dan akan dilalui oleh klien





KONGRUEN
  • Asas penting dalam meningkatkan perkembangan teraputik
  • Kaunselor bersifat ikhlas, tidak buruk sangka, telus, serta tidak berpura-pura semasa proses kaunseling dijalankan
  • Ketulenan ini dapat dirasai oleh klien dan berupaya mewujudkan suasana yang teraputik untuk klien meneroka dirinya
  • Tanpa sifat ini klien dapat merasakan kaunselor tidak asli dan proses penerokaan diri mungkin lebih sukar berlaku
  • Kaunselor yang kongruen perlu menjadi dirinya yang sebenar dan menolak sebarang cubaan untuk berselindung di sebalik topeng profesional atau sebagai seorang pakar

MENERIMA TANPA SYARAT
  • Menerima klien tanpa syarat tertentu
  • Kaunselor menerima dan menghargai diri klien tidak kira dalam apa keadaan sekalipun
  • Perasaan mengambil berat kaunselor yang tidak dikuasai oleh perasaan berat sebelah atau penilaian awal (Non-Judgemental) dalam konteks perasaan dan tingkah laku




Isnin, 10 Oktober 2016

FALSAFAH DAN PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING



 

Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Namun demikian, masyarakat hari ini masih tidak jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh perkataan Bimbingan dan Kaunseling. APA ITU BIMBINGAN DAN KAUNSELING? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159) menjelaskan maksud membimbing ialah perbuatan membantu, memimpin dan memberi petunjuk dan orang yang terlibat dalam aktiviti membimbing dikenali sebagai pembimbing. Manakala menurut Good , Kaunseling adalah cara tersendiri dan peribadi dalam mendidik serta membantu seseorang, baik dari segi masalah pelajarannya mahupun masalah vokasionalnya, apabila ia mengalami masalah untuk menganalisa dan menyelesaikan dan memerlukan seorang pembantu khusus yang baik di sekolah mahupun dalam kalangan masyarakat sendiri. Dalam proses melaksanakan khidmat bimbingan dan kaunseling, Kaunselor perlu mematuhi FALSAFAH dan PRINSIP dalam KHIDMAT tersebut. Berikut merupakan Falsafah dan Prinsip Kaunseling ;


FALSAFAH KAUNSELING
  • Setiap manusia adalah unik (Setiap manusia mempunyai personaliti berbeza)
  • Setiap manusia mempunyai potensi
  • Potensi manusia boleh dibentuk
PRINSIP KAUNSELING
  • Setiap manusia adalah unik
  • Setiap manusia mempunyai harga diri
  • Setiap manusia mempunyai personaliti holistik
  • Setiap manusia ingin mencapai kesempurnaan kendiri
  • Setiap manusia berkembang mengikut proses sosialisasi
  • Hubungan teraputik secara sistematik, sukarela dan kolaboratif
  • Untuk individu normal (Individu yang mempunyai masalah mental tidak sesuai untuk mendapatkan khidmat kaunseling tetapi layak untuk mendapatkan khidmat psikoterapi) 
 PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENGIKUT ISLAM

  • Nasihat adalah tiang agama
  • Nasihat adalah keperluan untuk semua
  • Kaunselor adalah contoh dan model
  • Memberi kaunseling adalah wajib bagi yang berilmu
  • Konsep menolong untuk kebaikan
  • Kaunselor perlu faham konsep manusia dan perundangan dari pandangan Islam
  • Pembinaan rohani melalui latihan dan ibadah Islam

 

MANUSIA TIDAK BOLEH HIDUP BERSENDIRIAN

 Kehendak-kehendak manusia dalam hidupnya, yang begitu banyak kerenahnya menyebabkan manusia sememangnya tidak boleh hidup menyisihkan diri daripada orang lain. Manusia memang dijadikan begitu rupa, supaya dia memerlukan orang lain juga dalam kehidupannya sehari-hari.

Manusia juga tidak pernah lepas daripada berkehendakkan terhadap sesuatu. Apabila berkehendakkan sesuatu maka ia akan memerlukan pertolongan daripada orang lain agar ia mencapai objektifnya seperti untuk menghilangkan kesunyian dan meluahkan perasaan yang dipendam serta cuba untuk mencari jalan penyelesaiannya.

"MANUSIA SENTIASA MEMERLUKAN PENJAGAAN ORANG LAIN UNTUK IA MEMBESAR KERANA MANUSIA ITU MAKHLUK YANG LEMAH"

 

 Pernyataan ini merujuk kepada norma kehidupan manusia sebagai insan yang lemah. Maka atas kekurangan ini manusia memerlukan orang yang lain untuk saling melengkapi dan mengisi kekurangan antara satu sama lain. Proses saling melengkapi ini akan turut membentuk satu PERHUBUNGAN. Dalam konteks ini, perhubungan merupakan satu faktor yang amat penting untuk manusia bagi mengatasi masalah yang dipendam.
BIODATA RINGKAS PENULIS ~

MOHAMMAD ASRAFFUDDIEN BIN BASRI TELAH DILAHIRKAN DI DAERAH KUNAK PADA 28 FEBRUARI 1996. PENULIS MERUPAKAN GENERASI KACUKAN BANGSA BAJAU, BRUNEI, MELAYU, KENYAH. PENULIS JUGA MERUPAKAN PELAJAR LEPASAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SMK MADAI KUNAK. SEPANJANG PENGAJIAN DI ALAM PRAUNIVERSITI, PENULIS BANYAK MELIBATKAN DIRI DALAM PELBAGAI AKTIVITI SEPERTI PERNAH MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN MPP, SETIAUSAHA (KOPERAL TADBIR KADET) BRIGED MUDA RELA. SELAIN ITU, PENULIS JUGA PERNAH MENGENDALIKAN PROGRAM (PENGARAH) "KEMBARA PRAUNIVERSITI", "LAWATAN PENANDAARASAN SMKM & SMKB2", "PROGRAM ADIK ANGKAT BERSAMA MAHASISWA/I UNIVERSITI MALAYSIA SABAH". PENULIS JUGA PERNAH DINOBATKAN SEBAGAI PEMENANG ANUGERAH KEPIMPINAN CEMERLANG SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN PRAUNIVERSITI 2016. SETELAH MELEPASI ALAM PRAUNIVERSITI, PENULIS TELAH BERJAYA MELANJUTKAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DALAM KURSUS BACELOR PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.